PERISTIWA
YANG BERLAKU DI MALAYSIA PADA TAHUN 1960.
Pada tahun 1960-an,
pelbagai perkara, isu dan peristiwa menarik telah berlaku seiring dengan
pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa itu. Oleh itu, perkembangan negara amat
lah penting untuk dikaji bagi mengetahui akan perbezaan keadaan ekonomi pada
zaman dahulu dan sekarang. Oleh itu, kita dapat mengetahui akan titik tolak
berlakunya sesuatu peristiwa yang mana akan membawa kepada kemajuan sesebuah
negara di dunia khasnya dan di Malaysia secara amnya.
1)STADIUM NEGARA.
Stadium Negara merupakan stadium tertutup
pertama di Malaysia.
Ia terletak bersebelahan dengan Stadium
Merdeka Kuala Lumpur.
Pada 19 April 1962, Stadium Negara telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Syed
Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Stadium Negara yang merupakan
sebuah gelanggang tertutup serta melambangkan kegiatan sukan dan kebudayaan di
negara ini.
Kos pembinaan Stadium Negara menelan belanja lebih
RM 34 juta dan dianggap sebagai sebuah stadium tertutup yang terbaik di Asia
Tenggara. la bukan sahaja boleh menunjukkan satu contoh kejuruteraan asli yang
tidak ada tolok bandingnya tetapi juga menambahkan lagi reka bentuk seni bina
moden di negara ini. Selepas pembinaan Stadium
Merdeka yang terbuka maka perlulah tiba pula giliran stadium tertutup
seperti Stadium Negara.
Stadium Merdeka sesuai untuk permainan-permainan
yang dipertandingkan di tanah lapang tetap. Stadium Negara pula dibina khas
bagi permainan-permainan dalam dan sesuai sebagai tempat untuk mengadakan
pertunjukan kebudayaan. Stadium itu juga boleh digunakan untuk perlawanan
pelbagai jenis sukan, tempat pameran dan juga temasya di peringkat kebangsaan
atau antarabangsa.
Pada Februari 2003, Stadium Negara telah dinamakan
sebagai bangunan warisan kebangsaan.
2)BANGUNAN PARLIMEN
MALAYSIA
Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah
bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala
Lumpur, Malaysia
dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan
persekutuan Malaysia.
Lokasinya terletak berhampiran Tugu
Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.
Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi
17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu
Dewan
Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17
tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama,
menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959. Kerja-kerja
pembinaan disiapkan pada September 1962, dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh Tuanku Syed
Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21 November
1963. Pembinaan
bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18
juta.
-dewan negara di parlimen
dewan rakyat di parlimen-
3)MUZIUM NEGARA
MALAYSIA
Muzium Negara Malaysia atau Muzium Negara
merupakan salah sebuah bangunan yang unik di Malaysia.
Muzium Negara merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan
Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium ini terletak
berhampiran dengan Taman Tasik Perdana. Muzium Negara ini
mempunyai reka bentuk seakan-akan Rumah
Gadang, iaitu salah satu reka bentuk rumah Minangkabau.
Namun, ia juga mempunyai ciri-ciri seperti bangunan Istana Melayu tradisional
di negeri Terengganu
dan digabungkan dengan citarasa yang moden. Muzium Negara telah dibuka secara
rasmi pada 31 Ogos 1963.
Rekabentuk yang tersergam indah ini dipilih sendiri
oleh Y. T. M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa
Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia. Di bahagian hadapan bangunan
ini terdapat hiasan mural yang diperbuat daripada mozek yang besar.
Muzium ini telah memuatkan banyak barangan
bersejarah mengenai Malaysia. Di dalamnya terdapat banyak galeri yang
mempamerkan cara kehidupan orang-orang di Malaysia. Antaranya termasuklah orang
Melayu bangsawan,
kebudayaan Cina dan India, barang-barang
seni, tembikar,
kegiatan ekonomi,
flora dan fauna di Malaysia dan
sebagainya.
-pemandangan luar muzium negara
Pemandangan
dalam muzium Negara-
4)TUGU NEGARA
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali
sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari
1966 sebagai
penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu
negara, Kuala
Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan
hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan
tentera mengibar bendera negara, Jalur
Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir,
persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut
berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix
de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC
War Memorial) di Virginia, Amerika
Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.
sejarah
Tugu
Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak
di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur,
bersebelahan Masjid Negara.
Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira
yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.
Kompleks
Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik dibuka pada 8 Februari 1966.
Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada
perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks
Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).
Komunis
letup Tugu Negara
Oleh
kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan
cintakan negara di kalangan rakyat, pengganas komunis
bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar
serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya
letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).
Antara
penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman
yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang
belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas
yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu
berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki
motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang
Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Namun
pihak komunis telah menafikan penglibatan mereka dan menuduh ianya angkara perbuatan kerajaan
sendiri sengaja merosakkan tugu tersebut yang dikatakan patung-patungnya
menyerupai mirip wajah orang-orang barat seperti mempunyai hidung yang mancung supaya mempunyai alasan untuk mengubah-suai
semula wajah patung tugu itu menyerupai rakyat Malaysia tanpa dituduh bersifat
perkauman dengan menyalahkannya kepada pihak komunis.
Lokasi
Hari Pahlawan dipindahkan
Mulai
2010, lokasi sambutan Hari Pahlawan
dipindahkan dari Tugu Negara ke Putrajaya.Tiada lagi
upacara meletakkan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara yang dianggap
perbuatan syirik dan khurafat. Selama ini upacara memperingati
Hari Pahlawan diadakan setiap 1 Julai setiap tahun. Sidang media tentang
keputusan itu diberikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
dan Datuk Jamil Khir Baharom.
Upacara menghormati pengorbanan dan jasa pahlawan negara itu diadakan sejak
1963 .
Keputusan
ini sesuai dengan Majlis
Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 hingga 7 Oktober 1987 yang
telah mengeluarkan fatwa bahawa ianya adalah amalan yang
bercanggah dengan Islam dan syirik.
5)PERISTIWA 13 MEI 1969
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon
pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera)
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada
ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti
Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal
memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan
persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan
yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen)
telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun
1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
(Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah
kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian
gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.
Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat
diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman
semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala
Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina
berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada
kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina
dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan
permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala
Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan
melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah
penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu
keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan
hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf
pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa
perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman
keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr.
Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor.
Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di
Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan
kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan
Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung
Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang
menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini
letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah
berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula
pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu
('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang
negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori
ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar
menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan
memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa
perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit
Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13
Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar
Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika
itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah
membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada
Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan
ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita
kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya
dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain
mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari
perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan
nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar
itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui
Jalan Kampung
Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya
dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi
gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar
Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan
pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang
di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama
ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu
dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang
tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala
Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga
keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa
rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan
askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan
ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak
orang-orang Melayu
dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin
meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung
Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang
Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan
ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan
dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah
kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.
Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai
emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang
menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling
botol ke arah askar Melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian
preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah
di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh
pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di
tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang
diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung
Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan
dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar
dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca
tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah
menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang
ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung
tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua
orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang. Manakala
di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah
berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula,
penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut
dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa
cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga
berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang
merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina
yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar
perintah berkurung.
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya
yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati.
Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama
di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They
Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama
rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan
terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau
turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai
Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat
tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal
dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh
terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di
Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang
terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu
dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau
Pinang serta Perlis
tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana
telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan
dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang
cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya
adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak
yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana
pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari"
bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu
masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti
dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia
merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan
berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
No comments:
Post a Comment