(Kumpulan 7: Tuan Fazliyanna binti Tuan Kamaruddin, Nurul Farhana Ashikin binti Mohd Lazim, Noor Azlina binti Raswan dan Nur Azza Aziera binti Md Yusof)
SEJARAH BANDAR SEREMBAN
Bandar
Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar
tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati
kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan
penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga
bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong
bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu
menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka
manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
Pihak
penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas
pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan
bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi
ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya
Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan
Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan
penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di
kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan
meyakinkan.
Berikutan
dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray
(Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan
Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana
semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British ketika
itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat
namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis
permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum
Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Apabila
Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun
1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan
pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916)
memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah pun
mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee
Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).
HASIL KAJIAN
Pada 11 Disember 2012,
kami pelajar Sains Pembangunan telah melakukan kerja lapangan iaitu di
Seremban, Negeri Sembilan. Kami dibahagikan kepada lapan kumpulan yang terdiri
daripada 4-5 orang ahli. Setiap kumpulan dikendaki untuk menemubual pemilik
kedai tersebut. Kami menjalankan soal selidik di kawasan Jalan Dr.Krishnan.
Ini adalah hasil kajian
kami bersama responden tersebut.
2) PERNIAGAAN TELUR SWEE HING
3) SIN CHEW DAILY
4) CHOP SIN YOON LEE
5) ANWIN HOLIDAYS SDN.BHD
6) LAMINATING SERVICE
7) PERNIAGAAN WAN
8) HARP KEY SDN.BHD
1) NOR
AFFIZA & CO.
Perniagaan ini hasil perkongsian antara Nor Affiza
Baharuddin, Ridzamann Abdullah, S Ritharan C Nadarajan. Syarikat ini mula
ditubuhkan pada November 1994. Sekarang ini mereka masih beroperasi di Seremban
dan mereka juga mempunyai cawangan di tempat lain iaitu Kuala Lumpur dan
Melaka. Perniagaan ini telah beroperasi selama 18 tahun. Syarikat ini
menawarkan khidmat guaman iaitu peguambela dan peguamcara. Tujuan penubuhan
syarikat ini ialah untuk memudahkan penduduk sekitar Seremban mendapatkan
khidmat guaman dengan cepat dan mudah. Lokasi yang berdekatan dengan bank dan
berada di kawasan Bandar merupakan salah satu faktor mereka menubukan syarikat
ini di Seremban. Hasil kajian ini diperolehi dari responden Yool Lyuk Chin
iaitu kerani di syarikat tersebut.
2) PERNIAGAAN TELUR SWEE HING
Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh keluarga dan
pemilik kedai ini ialah Ng Ah Swee. Kami menemubual anaknya iaitu Ng Kia Loon
yang bertindak sebagai responden kami kerana semasa kami datang ayahnya tiada
di kedai. Kedai ini menawarkan penjualan pelbagai jenis telur . Kedai ini mula
dibuka pada tahun 2000 dan sudah beroperasi selama 12 tahun. Sebelum ini mereka
menjalankan perniagaan ini dengan penghantaran menggunakan lori. Mereka
mempunyai pekerja seramai dua orang dan mula beroperasi dari jam 9 pagi hingga
6 petang. Tujuan mereka membuka kedai ini ialah untuk memudahkan pembeli mendapatkan
bekalan pelbagai jenis telur dengan mudah. Lokasi di Seremban ini dipilih
keranan ia menjadi kawasan tumpuan penduduk, mempunyai banyak kedai makan
sekitarnya serta kemudahan meletakkan kenderaan.
3) SIN CHEW DAILY
Perniagaan ini dimiliki oleh Tan Sri Tiong yang
berasal dari Sarawak. Syarikat ini membekalkan suratkhabar hasil dari wartawan
mereka. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 1993 yang mana sebelum ini
mereka menyewa di Jalan Tuanku Munawwer sebelum berpindah dan beroperasi di Seremban
ini. Syarikat ini juga mempunyai cawangan yang lain di Port Dickson dan
Bahau(pejabat). Bilangan pekerja yang dimiliki oleh syarikat ini ialah seramai
50 orang yang terdiri daripada kerani, wartawan, penulis dan sebagainya. Tujuan
syarikat ini ditubuhkan ialah untuk menyampaikan berita kepada penduduk dan
menginginkan publisiti. Lokasi ini dipilih kerana mempunyai liputan yang luas
di samping menjadi Bandar tumpuan penduduk Negeri Sembilan. Responden yang
ditemuramah ialah Lee Yee Fo seorang wartawan.
4) CHOP SIN YOON LEE
Perniagaan ini dimiliki oleh Kong Yew Seong.
Perniagaan ini jenis milik perseorangan. Perniagaan ini telah beroperasi selama
70 tahun di Seremban dan masih aktif beroperasi. Kedai ini menjual dan membaiki
alat timbangan dari yang lama sehinggalah yang baru dan canggih. Masa
perniagaan kedai ini bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan dibuka setiap
hari kecuali hari cuti. Bilangan pekerja di kedai ini seramai 4 orang. Tujuan
perniagaan ini dibuka ialah untuk memudahkan penduduk dan pekedai memperoleh
alat timbangan. Lokasi ini dipilih kerana strategik dan disebabkan mereka telah
lama beroperasi di kawasan tersebut. Responden yang telah ditemuramah merupakan
salah seorang pekerja di situ iaitu Ng Kim Show.
5) ANWIN HOLIDAYS SDN.BHD
Kedai ini dimiliki oleh Mr Ricky Wong. Sebelumnya
perniagaan ini dimiliki secara perkongsian namun pada tahun lepas perniagaan
ini dimiliki oleh Mr Ricky Wong disebabkan masalah-masalah tertentu yang
berlaku. Syarikat ini telah berperasi selama 16 tahun di Seremban. Syarikat ini
menawarkan khidmat pelancongan ke serata dunia dan khidmat pemandu pelancong.
Pelbagai pakej penerbangan yang ditawarkan disamping harga yang berpatutan.
Bilangan pekerja yang dimiliki ialah seramai 3 orang. Tujuan syarikat ini
dibuka ialah untuk memberi kemudahan kepada penduduk untuk melancong ke luar
Negara terutama China kerana kebanyakkan penduduk di bandar Seremban ini ialah
orang cina. Lokasi ini dipilih berikutan ia menjadi tumpuan peduduk, maju serta
tidak banyak persaing. Responden ialah pemilik syarikat ini sendiri iaitu Mr
Ricky Wong.
6) LAMINATING SERVICE
Kedai ini dimiliki oleh Joseph Law dan dia telah
menjadi responden bagi kami. Perniagaan ini jenis perseorang. Kedai ini
menawarkan khidmat membuat kunci. Kedai ini telah beroperasi selama 22 tahun
bermula dari tahun 1990 sehingga sekarang. Kedai ini tidak memiliki pekerja
kerana dia bersama isterinya yang bertindak dalam menjalankan perniagaan ini.
Waktu perniagaan mereka dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari
kecuali hari ahad. Tujuan pembukaan kedai ini ialah memudahkan pengguna untuk
membuat kunci, disamping menyediakan bayaran yang berpatutan. Lokasi ini
dipilih kerana ia merupakan tempat lahir dan asal Joseph Law dan tiada trafik
di hadapan kedai serta tidak sesak.
7) PERNIAGAAN WAN
Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh John Wan dan
dia telah menjadi responden bagi kami. Perniagaan ini diasaskan dari keluarga
mereka. Kedai ini menawarkan khidmat fotostat serta menjilid buku. Perniagaan
ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan telah beroperasi selama 23 tahun di
Seremban. Masa mula beroperasi ialah pada jam 8.30 pagi hinggan 6 petang
kecuali minggu cuti. Bilangan pekerja yang bekerja di kedai ini seramai 2 orang.
Tujuan dibina kedai ini ialah untuk memyediakan perkhidmatan fotostat kepada
penduduk serta untuk memudahan proses pembelajaran anak-anak serta pekerja.
Lokasi ini dipilih kerana sangat strategic disamping tidak mempunyai persaing.
8) HARP KEY SDN.BHD
Kedai ini dimiliki secara perkongsian oleh 6 orang
iaitu salah seorangnya Ng Woon Yuk. Perniagaan ini menjual barangan ubat-ubatan
serta akar kayu yang diimport dari Hong Kong dan China. Barangan yang dijual di
kedai ini murah serta berkualiti. Kedai ini mula dibuka pada tahun 1960 dan
sudah beroperasi selama 52 tahun sehingga sekarang. Masa perniagaan ini bermula
pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari ahad. Bilangan
pekerja yang dimiliki ialah seramai 13 orang. Tujuan dibina ialah untuk memberi
kemudahan kepada penduduk mendapatkan herba dan ubat-ubatan yang diimport dari
Hong Kong dan China. Lokasi ini dipilih kerana mudah dikunjungi, tidak sesak
dan ia menjadi tumpuan ramai penduduk.
ANALISIS
KUANTITATIF
Semasa di Seremban, Negeri Sembilan kami telah
mengenalpasti beberapa tempat yang boleh dijadikan sebagai nod, gerbang, daerah
atau sempadan wilayah, laluan dan mercu tanda. Elemen ini diperoleh berdasarkan
buku Image Of The City oleh Kevin Lynch.
1)
NOD
Nod
atau hentian merupakan tempat dimana ia menjadi tumpuan kepada semua penduduk.
Nod ini menjadi sesuatu yang penting kepada penduduk. Ia merupakan petunjuk
kepada penduduk untuk pergi ke sesuatu tempat. Selain itu ia menjadi tumpuan
penduduk untuk melakukan pelbagai aktiviti. Di Seremban ia diperoleh melalui
papan tanda, Terminal 1 dan sebagainya.
2)
LALUAN
Laluan
merupakan perjalanan yang dilalui untuk sampai ke sesuatu tempat. Semasa
perjalanan kami ke Seremban kami melalui laluan utama iaitu laluan yang menjadi
tumpuan penduduk untuk menaiki komuter. Seterusnya laluan semasa perjalanan
kami untuk ke tempat kajian. Laluan ini penting untuk menghidupkan sesebuah
Bandar. Kebanyakkan laluan mesti mempunyai nama yang memudahkan penduduk untuk
mencari sesuatu kawasan dan ia mempunyai sejarah yang tersendiri. Contoh jalan
yang dilalui oleh kami ialah Jalan Dr.Krishnan, Jalan Siow Loong Hin dan
sebagainya.
3)
MERCU TANDA
Mercu
tanda merupakan penanda bagi sesuatu tempat. Selalunya apabila seseorang sesat
mereka akan mencari mercu tanda bagi sesuatu kawasan itu untuk mencari jalan
yang betul. Mercu tanda juga mempunyai pelbagai sejarah dan peristiwa yang yang
sering diingati oleh setiap penduduk.
Contoh yang sering menjadi papan tanda ialah papan iklan, gunung,
bangunan bersejarah dan sebagainya. Semasa di Seremban pelbagai tempat yang
boleh kami jadikan sebagai mercu tanda antaranya Terminal 1, Dewan Pembandaran
Seremban dan sebagainya.
4)
DAERAH ATAU SEMPADAN WILAYAH
Daerah
atau sempadan wilayah ialah sempadan yang memisahkan laluan. Sempadan terjadi
apabila dipisahkan oleh gunung, sungai, landasan kereta api dan sebagainya.
Sempadan ini akan dibahagikan kepada kanan dan kiri sesuatu kawasan yang mana
ia mempunyai sejarah kawasan yang tersendiri.
5)
GERBANG
Gerbang
merupakan sesuatu yang diletakkan di atas laluan jalan raya. Gerbang ini sering
diletakkan dengan pelbagai perkataan antaranya ‘selamat datang’, papan iklan
dan sebagainya. Pintu gerbang ini juga menunjukkan kemegahan sesuatu kawasan
tersebut dan sering dianggap sebagai penyambut bagi seseorang yang baru sampai
di kawasan tersebut.
SENI
BINA BANGUNAN
Selain
itu, semasa di Seremban kami banyak menjumpai bangunan yang bersejarah dan
memiliki bentuk rekaan yang unik. Bangunan ini mungkin mempunyai sejarah
tersendiri yang harus dikekalkan. Di samping itu kami juga ada menjumpai
bangunan moden yang dibina.
KESIMPULAN
Hasil daripada kaji selidik ini kami mendapati
banyak perniagaan yang berbentuk perkhidmatan yang ditawarkan di jalan ini.
Antaranya ialah syarikat guaman, klinik, agen pelancongan dan sebagainya. Di
samping itu, kebanyakkan perniagaan ini dimiliki oleh orang cina. Kegiatan yang
banyak dijalankan ialah kedai makan, pembuatan kunci, jualan buah-buahan dan
sebagainya. Waktu tengah hari merupakan waktu kemuncak bagi peniaga-peniaga
ini. Kebanyakkan mereka memilih Bandar Seremban disebabkan ia menjadi tumpuan
ramai penduduk di samping ia menjadi tempat kelahiran mereka. Akhirnya kami
ingin menyatakan Bandar Seremban ialah Bandar yang unik dan mempunyai sejarah
yang tersendiri. Ia haruslah dikekalkan bagi menjaga khazanah tersebut. Selain
itu, pelbagai bentuk perniagaan perlu diwujudkan bagi menjadikan Bandar
Seremban sebagai Bandar yang maju.
No comments:
Post a Comment