assignment 3~5 elemen yg terdapat di felda Jengka 20..

LIMA ELEMEN YANG TERDAPAT DI FELDA JENGKA 20, BANDAR JENGKA, MARAN, PAHANG.

Menurut Kevin Lynch, beliau telah membahagikan imej bandar kepada lima elemen iaitu laluan, sempadan, daerah, titik tumpu dan mercu tanda. Oleh itu, saya telah mengkaji tentang lima elemen tersebut di kawasan kajian saya. Tempat kajian saya ialah felda jengka 20, Bandar jengka, maran, Pahang. 


1.      Laluan

Laluan ialah kawasan yang panjang yang mana pemerhati mempunyai peristiwanya sendiri ataupun keupayaan untuk bergerak seperti jalanraya, ruang pejalan kaki, dan laluan keretapi. Di kawasan kajian saya, laluan yang sering digunakan ialah simpang luar felda jengka 20. Laluan ini merupakan laluan masuk dan keluar yang mana penduduk harus melaluinya untuk menghubungkan dengan jalanraya besar untuk ke Bandar tun razak jengka, temerloh, dan kawasan jengka lain. Bagi kawasan rumah saya, laluan yang digunakan hanya laluan depan rumah kerana laluan rumah saya merupakan jalan mati.


2.      Sempadan

Sempadan ialah tempat yang kebiasaannya tidak digunakan sebagai laluan oleh pemerhati. Sempadan mempunyai batasan antara dua tempat seperti dinding, sempadan Bandar, dan sungai. Di kawasan kajian saya, setiap penduduk telah diberi 0.25 ekar tapak rumah dan 10 ekar tapak ladang yang mana mempunyai sempadan dengan penduduk yang lain. Kebiasaannya, sempadan dipisahkan dengan meletakkan batu sempadan, tiang kayu atau pagar. Selain itu, sempadan antara jengka-jengka boleh dilihat dengan adanya papan tanda SELAMAT DATANG atau SELAMAT JALAN di setiap kawasan jengka yang diletakkan di sempadan dengan kawasan jengka bersebelahan.


3.      Daerah

Daerah ialah bahagian yang sederhana atau besar di sesebuah Bandar, yang mengandungi dua dimensi yang luas, pemerhati boleh memikirkan keadaan di dalam kawasannya, dan terdapat karakter yang dikenali. Di kawasan kajian saya, maran merupakan daerah bagi penduduk jengka. Maran mempunyai pusat-pusat kemudahan seperti pusat pentadbiran, pusat kesihatan, dan pusat pendidikan. Maran juga mempunyai kawasan perniagaan bagi mendapatkan barang-barang keperluan oleh penduduk setempat seperti di pasaraya, kedai baju, dan kedai perabot. Namun, maran masih dalam penambahbaikan dan belum membangun sepenuhnya.


4.      Titik tumpu

Titik tumpu ialah kawasan strategic di dalam Bandar yang mana boleh dimasuki oleh orang ramai seperti persimpangan jalan dan perhentian laluan. Di kawasan kajian saya, kawasan kedai mara yang mana terdapatnya kedai menjual barangan harian, barangan runcit, dan kedai makan. kawasan kedai mara menjadi titik tumpu kerana merupakan kawasan perniagaan dan berdekatan dengan padang, dewan orang ramai dan pejabat felda yang menjadi tempat berkumpul apabila terdapat sesuatu aktiviti atau kecemasan. Manakala, di Bandar jengka, kawasan perhentian bas dan teksi merupakan titik tumpu penduduk kerana merupakan transit pergerakan keluar masuk penduduk ke tempat lain yang menggunakan pengangkutan awam.


5.      Mercu tanda

Mercu tanda ialah tempat rujukan yang mana pemerhati hanya boleh melihat secara luaran. Di kawasan kajian saya, terdapat papan tanda apabila memasuki kawasan blok saya yang merupakan mercu tanda bagi kawasan blok kami. Di papan blok itu terdapat nama-nama penduduk yang tinggal di blok itu. Bagi kawasan Bandar jengka, terdapat gading gajah di kiri dan kanan jalan sebelum memasuki kawasan perindustrian Bandar jengka. Bagi daerah maran pula, terdapat papan tanda, maran-bandar ayam kampong di persimpangan jalan dan terletak di tengah-tengah Bandar maran. 

                                                                              laluan :

                                                                       














                                                                       sempadan :


                                                                           daerah :



                                                                         









                                                                         
                                                                        titik tumpu :



                                                                         










                                                                  
                                                                       mercu tanda :

1 comment:

  1. salam..saya ingin bertanya saudari ad buat research mengenai bandar jengka..

    ReplyDelete