alhamdulillah masih diberi keizinan menconteng-conteng diatas ruangan putih ini. ^_^ post untuk kedua kalinya selepas 5 bulan sebelum. terasa seperti ingin giat berblog namun kekangan masa dan idea menjadikan diri ini sungguh kerdil untuk menaip di sini.
kesekian kalinya, kegembiraan yang dirasai 5 bulan lepas kembali berulang. alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH, kau maha mendengar doa hambamu ini. terima kasih ibu, abang, adik, kawan-kawan yang turut membantu dalam merentas segala halangan untuk berjaya ini.
moga-moga dengan kejayaan ini akan menjadi perangsang agar terus melakukan yang terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswi dan terus dapat menggembirakan hati ibu dan tak lupa abah, di atas sana :) mungkin aku bukan anak yang solehah, patuh, dan baik. namun, akan ku beri yang terbaik dalam menjalankan amanahku sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini.
MS juga telah kuberitahu dan MS sendiri telah aku amanatkan untuk meng-cek-kan keputusanku. dan alhamdulillah, MS turut gembira. terima kasih MS atas bantuan, dorongan, kata-kata nasihat yang tak putus dari mu. moga menjadikan aku lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupanku ini.
untuk ibu, abah, abang, adik, family, MS :
semoga hari-hari mendatang akan lebih bermakna dan terindah dari hari sebelumnya :D
No comments:
Post a Comment